The Story of Ants and Mathematics

Semut adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah S.W.T yang bersaiz kecil. Banyak sifat positif yang kita boleh ambil dari makhluk Allah yang kecil ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Antara sifat positif bagi semut ialah sifat bersungguh dalam perkerjaan, semangat bekerjasama, sanggup berkorban demi koloni, membuat kerja dengan sangat teratur, tidak berputus asa dan juga bijak menyelesaikan masalah.

Ada bebrapa ilmuan matematik yang mengambil sifat positif semut ini dan dijadikan sebagai idea penyelidikan untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan. Ilmu bidang matematik yang mengambil sifat positif semut ini dipanggil sebagai ‘pengoptimuman koloni semut’ (ACO). Seperti kita tahu, semut adalah makhluk Allah yang kecil yang pandai menyelesaikan sesuatu permasalahan contohnya mencari tempat yang selamat, membuat penyesuaian kendiri mengikut keadaan persekitaran, bijak mencari makanan yang paling hampir berdekatan koloni dan lain-lain lagi. Sifat-sifat positif semut inilah yang diambil oleh sebahagian ahli matematik dan diterjemahkan kepada bentuk formula matematik. llmu algortima matematik yang dipanggil ‘pengoptimuman koloni semut (ACO)’ ini digunakan bagi mencari solusi yang terbaik kepada sesuatu permasalahan berkaitan laluan dan logistik.

Pengoptimuman koloni semut (ACO) dalam bidang matematik ini telah banyak diaplikasikan pada masalah kehidupan manusia yang nyata dalam bidang logistik yang berkait dengan penerbangan, perkapalan, perdagangan dan lain-lain lagi. Contohnya, sebuah syarikat pembuat roti perlu mencari laluan yang optimum bagi penghantaran roti yang dikeluarkan ke seluruh negara bagi memaksimukan keuntungan syarikatnya dan masalah penghantaran roti ini boleh diselesaikan dengan mengaplikasikan kaedah ilmu matematik seperti ‘pengoptimuman koloni semut’ (ACO) ini. Dengan mengaplikasikan kaedah ‘pengoptimuman koloni semut’ (ACO), pengeluar roti itu akan dapat mengurangkan kos bagi penghantaran roti mereka dan sekaligus dapat memaksimumkan keuntungan yang diperolehi. Banyak jurnal dan hasil kerja penyelidikan berkaitan dengan ‘pengoptimuman koloni semut’ (ACO) ini yang telah diterbitkan di seluruh dunia dan sesungguhnya ilmu matematik itu adalah sangat luas dan merangkumi hampir keseluruhan bidang yang wujud.

Disediakan oleh,

Dr Azfi Zaidi bin Mohammad Sofi